Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah dijadikan hambaMu pada tempat yg mulia ini sebagai ziarah yg terakhir. Kurniakanlah kpd hamba peluang utk menziarahi kembali ke tempat ini dlm keadaan sihat dan baik. Jika panjang umur hamba, InsyaAllah hamba akan datang lagi. Jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu syahadah dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada tuhan melainkan Allah. Tuhan yg tiada sekutu bagiNya dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Maha Suci Tuhan yg mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yg mereka sifatkan. Salam sejahtera kpd sekalian rasul dan segala puji-pujian yg tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara serta mentadbir seluruh alam. amin ya robbal alaminn..,
aLhamdulillah .,smlm dh ziarah selamat tingal makam nabi., patutnye smlm gak dh berangkat dn mengerjakan umroh ke mekahh.,tp apekan daya miscommunication antara mutawif2 yg dilantik maka wak terkandas sehari lagi di madinahh nih., mugo2 harini perjalanan umroh kami selamat smpi ke sana disana.., aminn
▲ Me and myQueen infront Makam Nabi, Masjid Nabawi, Madinah. ©2013 WakGelas™